Wednesday 14 September 2011

mUsiM mAkaN nAsi miNyAk....



Musim tuk makan nasi minyak da tiba lagi.....
yang paling syok bila tau mber2 nak nikah dah.....
Yang saya nak kongsi kat sini soal nikah kahwin yang saya baru belajar.....
hurmmm, bukan senang rupanya nak cari bakal pasangan kita ni....
baru terbaca soal "SEKUFU" ni....





Sekufu ni penting dalam mencari bakal pasangan, lelaki mahupun perempuan....
mengenali hati budi masing-masing tapi dalam soal percintaan lepas nikah pun ada kelebihan tersendiri.....

sebabnya, bakal suami yang meminang mestilah mengetahui latar belakang bakal si isteri...



Sekufu juga penting bagi menjamin kekekalan dan keharmonian rumahtangga yang bakal dibina, Ulama Islam juga telah memberi penekanan dalam masalah ini...

Kufu boleh dilihat dari beberapa sudut :

1. Kufu dari segi agama - pasangan hendaklah seagama.
2. Kufu dari segi 'iffah - pasangan adalah orang-orang yang terpelihara daripada amalan yang haram.
3. Kufu dari segi keturunan
4. Kufu dari segi ketaatan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T

Kufu juga merupakan hak bakal isteri dan walinya. Oleh itu, ia tertakluk pada bakal isteri dan walinya untuk membuat pilihan.

Semoga nanti kita sama2 dapat memenuhi kehendak dan maksud sesebuah perkahwinan iaitu mencapai Al-Mawaddah, Al-Rahmah dan Husn al-Mu'asyarah...