Friday 9 December 2011

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusi,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cinta,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikan aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.


*Aminah Quth*



** Aminah Quth merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Quth 
yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.