Monday 17 October 2011

Kerana Si Dia, ALLAH dipersia!


Fahamkah kita apa itu Cinta???

Semua orang tahu bahawa cinta agung itu adalah cinta kepada Illahi! Mencintai sesuatu itu mestilah kerana Allah... Tetapi kerana "pengetahuan" yang sudah tersebar ini masih ramai manusia yang mensia-siakan peraturan cinta olehNYA? Ya, manusia sering tahu secara tepat tetapi tidak faham secara jelas.

Apa itu CINTA?? Apakah pula patut kita faham mengenai CINTA??

Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah mencoretkan dalam catatannya Rawdah al-Muhibbin wa Nuzhah al- Mushtaqin (Taman orang cinta dan rindu) bahawa ada 60 istilah yang dikaitkan dengan cinta.
Antaranya ialah al-mahabbah (kasih sayang), al-tatayyum (perhambaan), al-sabwah ( rindu yang cenderung pada kebodohan), al-ishq ( asyik), al-hawa ( keinginan), dan banyak lagi.

Daripada 60 istilah yang pelbagai ini, cinta boleh diibaratkan kepada tiga kiasan :


1. Ada kalanya cinta menjadi seperti singa dan pedang, berkuasa, mulia dan gah di tangan pejuang. Cinta ini menjadikan yang hina jadi mulia, yang miskin jadi kaya jiwa, yang kaya menjadi dermawan dan yang melarat menjadi terhormat. Inilah cinta yang Allah redha iaitu Cinta kepada Allah, Rasulullah, ilmu, keluarga, perjuangan dan seumpamanya.

2. Ada kalanya cinta menjadi bencana besar. Mengundang 1001 akibat, sengsara, derita dan penyesalan. Cinta inilah yang menjatuhkan seorang pemimpin hebat seperti Bill Clinton kerana seorang wanita bernama Monica Lewinsky. Begitu juga cinta si Raja Golf Dunia, Tiger Woods kerana skandal seksnya dengan ramai wanita.

3. Ada kalanya cinta menjadi seperti arak yang memabukkan. Khayal dan tenggelam. Hilang arah dan pedoman.Inilah cinta sebelum pernikahan. Keasyikan mereka membuatkan akal mabuk dan tidak mampu menerima dan menikmati lazatnya nasihat.



Cinta juga terbagi kepada tiga iaitu Cinta Fitrah, Cinta Fitnah dan Cinta Barakah! 




Bersambung........