Wednesday, 3 October 2012

Wanita & kesihatan

Assalamualaikum... hari ini dgn bangganya aku tibe2 boleh jd nurse akibat kesakitan yang terlampau...huhuhu
so aku dgn bahagianya nak share kat semua tentang langkah untuk mengawal kesihatan wanita. Ibaratnya irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan...hehe


Beberapa langkah untuk mengawal kesihatan wanita

1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita

Program Pendidikan Kesihatan Wanita adalah sangat penting dan ini sedang giat dilakukan secara berterusan oleh kerajaan melalui media-media elektronik.Pihak swasta melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela, syarikat-syarikat media cetak juga menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan wanita, serta menganjurkan bengkel, seminar, forumdan lain-lain.Pendedahan terhadap maklumat kesihatan dan penyakit yang berkaitan dengan wanita adalah sangat penting dan perlu di ulang siaran atau penyebarannya.

Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalah tinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.

2 Amalan pemakanan

Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.

Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganya tetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.

Wanita juga perlu mengawal pemakanan suami kerana makanan yang tidak seimbang dan tidak terkawal boleh menimbulkan berbagai-bagai jenis penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.Makanan kanak-kanak dan remaja juga perlu dijaga kerana tabiat makanan mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan TV dan media lain.Akhirnya timbullah masalah seperti “hyperactivity” dikalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makanan sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam dan perisa dan pengawet.“Obesity” di kalangan remaja juga adalah satu gejala iklan pemakanan segera ala barat. Para ibu perlu mengawasi unsur-unsur ini tidak mempengaruhi tabiat makanan anak-anak mereka.


3 Riadah dan gerak tubuh

Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidrat dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.

Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.

Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.

Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.

4 Menangkis tekanan jiwa atau stress

Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentuk pada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal.

Kebanyakan daripada kesan tekanan mental dan emosi timbul akibat daripada kelemahan iman kita yang seterusnya menyebabkan penyakit jiwa, diantaranya sifat-sifat tamak, riak atau bangga diri, sombong dan angkuh, keras hati dan pemarah dan suka melayani kehendak nafsu dan syahwat tanpa batasan.Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.


Last but not least, (chheet ! gedik nk spekang lak).. kita sebagai tulang belakang kpd lelaki mstlah kena mempersiapkan diri dari segala masalah. so, pepandai kawal diri dan peka kepada segala hal..


Renung2kan & selamat beramal ye puan2... ^^,

Tuesday, 14 August 2012

Ucapan untuk yg ku sayang !

Assalamualaikum w.r.t !




Sedar tak sedar, Ramadhan hampir meninggalkan kita dan Syawal kian menghampiri....
Entry yg terbaru ni sebenarny nk wish ckit pasal raya.... sebenarnya sye pon baru perasaan kita ada 4 hari lagi sebelum raya ni kan.....

Wahhhh, btpe gaharunye hati ni..
sanat2 sibuk menghadapi beberapa paper, disamping masalah2 yg mengelilingi otak..huh ! memacam jek kan...sungguh tak sangka da nk bertakbir !

Dalam sibuk2 nie, sye sempat jgk mencuri masa pergi meredah uptown & segala downtown area kL..
Kat MI & DK je padahalnye pon aduy... wah.. sungguh mengharukan dan memeningkan jiwe....
Sye paling tak suke hidup dalam keadaan mcm gtu..mmg taubat xpergi lagi..
Cukuplah tu yg ptme & terakhir....agpon ni Ramadhan yg terakhir kat sini..lepas ni da boleh bershopping an my Cyg ! tp hasilnyer ok jugak...5 pasang uhh ! hehehe


Entry ni jugak HANYA DIKHASKAN UNTUK YANG TERSAYANG shj !


Dengan ini, saya Ain' Zubaidah anak Encik Halim, ingin memohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah tak sengaja or sengaja dibuat ! halalkan segala makan minum yg pernah terambil dari korg... maaf jugak lau pernah wat korg semua touching dgn prgai dak tecik nie...

Hopely korg dpt lah ampunkan saya yerk, manalah tau nie Ramadhan terakhir saya.... Tak sanggup rasanya nak tahan azab... Uit, mengarut dah nie...

Last sekali, 
>>SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI <<
>>MAAF ZAHIR BATIN<<




Post yang ikhlas ini dari saya :
Gadis.cilik a.k.a Putery Aizack Halim !

Saturday, 28 July 2012

Kenangan silam ^.@

SaLaM~


Lelama glernyerr daku xmengetop di bloger nie!!
hai, rindunyer lah dgnmu~
syang sribu kali syang!
Eceh omain~


Skunx cilik nak citer psal something lah kan..
pasal mber2 cilik yg disayangi....


i) this one wif my darling~ 
time mule2 knal n pai skg, lau n pai bile2..hehe



ii) nie time msing2 na jd business gal~
wow! fantastic kot..kuihkuih **



 iii) yg ke tige nie dlam class..
boleh berposing bgmbo...tp bkn time class k!
time da abes class au~
nie gak slah sorg yg xsalah my dear! huhu




>>>> tu my heart skung,,huhu


<<<<<< nie dye da kne culik, hahaha








^
^
^
model baju raya saya! hehe






yg last skali pic later's, this sem pnye class...xpham tbe2 boleh jd rmai...huhu
pkir2kan lah sndri...hohoho




^
^
^
May Allah bless us and good luck everydear! hehehe






~ for ending in this story!~


* ILUAVM!
* hopely friend forever!
*Sayang until heaven~






Original update by : GadisCilik <3





Monday, 20 February 2012

Kita

Bosannyer hari ini....

tau x,, td tgahari ade story....

syokkknyerr,,

 mak da ok jek td..

cool2 jea.....

abah say...

study first....

mak ibu...

nothing to say....>.<


ntahlah.....


haty nie memcm ade ase...


hehe


gd nite!

Lurve u till end of my day!!

Rayyen Paradiso & Putery Rayyen Aloyah

^___^


Friday, 9 December 2011

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusi,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cinta,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikan aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.


*Aminah Quth*



** Aminah Quth merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Quth 
yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

Tuesday, 15 November 2011

3 CiNta

Cinta Barakah ;
ciNta BaraKah adalah cinta kepada Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w
kerana cinta ini membawa kita kepada kebahgiaan dunia mahupun akhirat......
Ia juga sering dipanggil Cinta Pertama dan tiada pengakhirannya.....


Cinta Fitrah ;
ciNta kepada ibu bapa, cinta kepada suami......
cinta fitrah ini yang membuatkan fitrah kita kembali kepada ketentuan Illahi
seperti bernikah, mengasihi kedua ibu bapa dan adik beradik kita
LurVe my FaM!Ly!!


CintA Fitnah;
adalah cinta yang menghampiri zina.....
cinta sepasang kekasih yang hanya di dalam kepura-puraan...
cinta seorang lelaki yang hanya berniat menzalimi pasangannya......
cinta seorang wanita yang pendusta.....
cinta yg bukan berada di jlan yg diredhai.....






moge2 cinta aq dan dia disatukan dalam restu dan diredhai hingga ke penghujungnya.......
dan semoga cinta kami ini bukan dalam golongan cinta fitnah...
aminnnnn!

Muhammad Nuh! saya sayang awak sorg! ^.@











Monday, 17 October 2011

Kerana Si Dia, ALLAH dipersia!


Fahamkah kita apa itu Cinta???

Semua orang tahu bahawa cinta agung itu adalah cinta kepada Illahi! Mencintai sesuatu itu mestilah kerana Allah... Tetapi kerana "pengetahuan" yang sudah tersebar ini masih ramai manusia yang mensia-siakan peraturan cinta olehNYA? Ya, manusia sering tahu secara tepat tetapi tidak faham secara jelas.

Apa itu CINTA?? Apakah pula patut kita faham mengenai CINTA??

Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah mencoretkan dalam catatannya Rawdah al-Muhibbin wa Nuzhah al- Mushtaqin (Taman orang cinta dan rindu) bahawa ada 60 istilah yang dikaitkan dengan cinta.
Antaranya ialah al-mahabbah (kasih sayang), al-tatayyum (perhambaan), al-sabwah ( rindu yang cenderung pada kebodohan), al-ishq ( asyik), al-hawa ( keinginan), dan banyak lagi.

Daripada 60 istilah yang pelbagai ini, cinta boleh diibaratkan kepada tiga kiasan :


1. Ada kalanya cinta menjadi seperti singa dan pedang, berkuasa, mulia dan gah di tangan pejuang. Cinta ini menjadikan yang hina jadi mulia, yang miskin jadi kaya jiwa, yang kaya menjadi dermawan dan yang melarat menjadi terhormat. Inilah cinta yang Allah redha iaitu Cinta kepada Allah, Rasulullah, ilmu, keluarga, perjuangan dan seumpamanya.

2. Ada kalanya cinta menjadi bencana besar. Mengundang 1001 akibat, sengsara, derita dan penyesalan. Cinta inilah yang menjatuhkan seorang pemimpin hebat seperti Bill Clinton kerana seorang wanita bernama Monica Lewinsky. Begitu juga cinta si Raja Golf Dunia, Tiger Woods kerana skandal seksnya dengan ramai wanita.

3. Ada kalanya cinta menjadi seperti arak yang memabukkan. Khayal dan tenggelam. Hilang arah dan pedoman.Inilah cinta sebelum pernikahan. Keasyikan mereka membuatkan akal mabuk dan tidak mampu menerima dan menikmati lazatnya nasihat.



Cinta juga terbagi kepada tiga iaitu Cinta Fitrah, Cinta Fitnah dan Cinta Barakah! 




Bersambung........